Wednesday 26 August 2015

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI

Langkah-langkah mengubati obesiti

Bagi kes-kes yang amat serious, doktor selalu menasihat pesakit untuk menerima pembedahan. Suatu belon gastrik akan diletakkan dalam perut di samping mengurangkan volume perut untuk memberi suatu perasaan kenyang lebih cepat di samping mengurangkan kemampuan untuk mendapat nutrient dari makanan.

Menetapkan pelan pengurusan diri  

Menurut nasihat doktor dan membuat satu jadual pemakanan dan senaman. Selain itu, menetapkan target jangka pendek dan jangka panjang untuk memudahkan diri untuk merealisasikan pelan pengurusan diri. Pengambilan makanan haruslah merangkumi lebih banyak kontent fibre berbanding lemak dan minum air dengan volume yang banyak. Penggabungan leih banyak pergerakan fizikal dalam aktiviti harian seperti menggunakan tangga dan cuba elakkan lif.

Mengurangkan pengambilan makanan berlebihan

Masyarakat kini mengalami tekanan yang besar, sering nampak setiap lapisan masyarakat makan makanan ringan apabila mereka berasa tertekan. Antara langkah yang berkesan ialah menyediakan makanan yang lebih berkhasiat berbanding makanan ringan, misalnya roti dan oat. Elakkan penggunaan telefon bimbit apabila makan, supaya kita sentiasa sedar tentang kuantiti makanan yang dimakan.



Bersukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

Menurut kajian, sekiranya seseorang individu ingin menjaga kesihatannya, individu haruslah bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan setiap kali bersenam sekurang-kurangnya tiga puluh minit. Usahlah mencari alasan seperti sibuk dengan kerjaya, cubalah tanyakan diri adakah kerjaya diri lebih penting daripada kesihatan diri?

Wang dapat dicari pada bila-bila masa, tetapi sekiranya kesihatan diri terkorban, kita terpaksa untuk menbazirkan lebih banyak wang untuk mengejarkan semula kesihatan sendiri.

FAKTOR OBESITI

Faktor obesiti
Mengikuti arus globalisasi, pekerja kolar putih semakin ramai semakin ramai orang berhadapan dengan komputer selama beberapa jam. Tentulah pergerakan fizikal mereka semakin berkurangan, namun berhadapan dengan tekanan dari kerja dan tugasan yang diamanahkan, sebahagian daripada mereka memilih langkah yang paling singkat iaitu makan makanan ringan. Apabila kesuntukan masa, mereka pula memilih makanan segera.







Sebagai pengetahuan semua, makanan ringan tidak membawa banyak nutriet manakala mengandungi pelbagai bahan kimia yang menyebabkan kanser atau penyakit lain.



Di kalangan kanak-kanak pula, kadar kanak-kanak obesiti juga semakin meningkat. Ibu bapa kini sibuk mengejar kemewahan dan seterusnya mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Mereka akan semata-mata memenuhi segala kehendakan anak mereka sebagai penebusan perasaan serba salah terhadap anak mereka.


Kanak-kanak yang tidak menpunyai kawalan diri yang kuat berbanding orang dewasa selalunya tertarik oleh gula-gula, ais krim, pelbagai makanan ringan dan makanan segera. Sekiranya ibu bapa tidak mengawal tindakan anak-anak demikian secepat mungkin, mereka amat berisiko untuk menghidapi obesiti.



Masyarakat kini sering terlalu sibuk mengejar sesuatu, sama ada kemewahan atau yang lain. Hal demikian menyebabkan mereka kekurangan masa yang cukup untuk menjalankan aktiviti sukan. 





Di samping itu, orang kini semakin malas untuk bergerak seandainya teknologi boleh membantu mereka menyelesaikan masalah mereka.




Mereka juga sanggup duduk dalam sofa sepanjang hari pada hujung mnggu bagi merehatkan minda sendiri selepas bekerja sepanjang hari...



TAJUK : OBESITI


TAJUK : OBESITI





    
Sebagai pengetahuan am,  kadar pesakit obesiti semaki meningkat sebagai cendawan tumbuh selepas hujan, situasi ini telah menjadi buah mulut orang ramai. Obesiti merupakan situasi seseorang yang terlebih berat badan mengikut kadar BMI iaitu menggunakan formula di bawah...


Obesiti merupakan keadaan kesihatan seseorang yang mempunyai lemak badan berlebihan di tubuh badan dan membawa kesan negatif terhadap kesihatan, menurunkan taraf kesihatan diri seseorang dan menghidapi pelbagai penyakit seperti Diabets jenis II, hipertension,  dan lain-lain penyakit yang mengugat nyawa. 



Obesiti selalunya disebabkan oleh kuantiti tenaga makanan diambil dalam pemakanan berlebihan dan pergerakan fizikal yang semakin berkurang. Terdapat juga segelintir orang yang hanya mengambil makanan yang sedikit tetapi mengalami peningkatan berat  badan akibat kadar metobalism yang rendah. Tidak nafikan, juga terdapat pesakit obesiti yang diakibat oleh penggunaan ubat-ubatan atau mengalami sesuatu penyakit.




Obesiti juga merupakan salah satu faktor kematian yang boleh dicegah di seluruh dunia. 


Masyarakat   kini    masih    kekurangan    kesedaran terhadap penyakit  pembawa  maut  yang  terlindung oleh makanan yang enak.





Kadar pesakit obesiti semakin meningkat mengikut tahun dan peningkatan taraf hidup  manusia, bukan sahaja   dalam  kalangan  orang  dewasa,  malahan kalangan kanak-kanak.