Langkah-langkah mengubati obesiti
Bagi kes-kes yang
amat serious, doktor selalu menasihat pesakit untuk menerima pembedahan. Suatu belon
gastrik akan diletakkan dalam perut di samping mengurangkan volume perut untuk memberi suatu perasaan kenyang lebih
cepat di samping mengurangkan kemampuan untuk mendapat nutrient dari makanan.
Menetapkan pelan pengurusan diri
Menurut nasihat doktor dan membuat satu jadual pemakanan dan senaman. Selain itu, menetapkan target jangka pendek dan jangka panjang untuk memudahkan diri untuk merealisasikan pelan pengurusan diri. Pengambilan makanan haruslah merangkumi lebih banyak kontent fibre berbanding lemak dan minum air dengan volume yang banyak. Penggabungan leih banyak pergerakan fizikal dalam aktiviti harian seperti menggunakan tangga dan cuba elakkan lif.Mengurangkan pengambilan makanan berlebihan
Masyarakat kini
mengalami tekanan yang besar, sering nampak setiap lapisan masyarakat makan
makanan ringan apabila mereka berasa tertekan. Antara langkah yang berkesan
ialah menyediakan makanan yang lebih berkhasiat berbanding makanan ringan,
misalnya roti dan oat. Elakkan penggunaan telefon bimbit apabila makan, supaya
kita sentiasa sedar tentang kuantiti makanan yang dimakan.
Bersukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
Menurut kajian,
sekiranya seseorang individu ingin menjaga kesihatannya, individu haruslah
bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan setiap kali bersenam
sekurang-kurangnya tiga puluh minit. Usahlah mencari alasan seperti sibuk
dengan kerjaya, cubalah tanyakan diri adakah kerjaya diri lebih penting
daripada kesihatan diri?
Wang dapat dicari
pada bila-bila masa, tetapi sekiranya kesihatan diri terkorban, kita terpaksa
untuk menbazirkan lebih banyak wang untuk mengejarkan semula kesihatan sendiri.
No comments:
Post a Comment