1.0 Pendahuluan
Dalam zaman globalisasi ini, kemajuan pendidikan dan
teknologi telah menjadi salah satu lambangan negara maju. Sering diibaratkan
guru sebagai lilin yang dibakar semata-mata demi mencahayakan masa hadapan
anak-anak watan negara kita. Guru bukan sahaja mencurahkan ilmu pengetahuan
kepada anak-anak, malah bertanggungjawab untuk membangunkan mereka sebagai
seorang modal insan yang sanggu mencurahkan segala-gala dananya untuk
pembangunan negara.
Pengenalan ICT telah membantu guru mempermudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran (PDP). Jelasnya ditunjukan pelajar lebih berminat
untuk belajar dengan bantuan ICT seperti animasi, persembahan slide dan lain-lain
lagi berbanding cara pengajaran yang lama.
Penggunaan ICT kini mempermudahkan masyarakat kini untuk
memperoleh maklumat dengan pintas sekali. Kekangan proses pembinaan manusia
berilmu semakin berubah dari kekurangan maklumat kepada bagaimana untuk memanfaatkan
maklumat yang banyak kini.
2.0 Literasi Maklumat
Berdasarkan
pengurusan sumber pendidikan, literasi maklumat bermaksud kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat
tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi
maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara
aktif. Literasi maklumat ini amat
penting kerana dapat melatih pelajar supaya belajar berdikari secara
beransur-ansur dan melatih mereka supaya menangani ilmu yang pelbagai.
Penguasaan literasi maklumat dapat
dijalankan dalam pelbagai cara, sebagai warga pendidik, kita haruslah bijak
mempimpin mereka menguasai pelbagai kemahiran belajar. Sama ada melancarkan
aktiviti kurikulum yang bersifat perbincangan atau menyediakan kerja kursus
secara individu supaya pelajar boleh beljar ntuk mengendalikan maklumat yang
terdapat dari pelbagai sumber.
3.0
The Big Six
Kaedah The Big6 telah diperkenalkan oleh Mike Eisenberg dan
Bob Berkowitz sebagai salah satu cara pengajaran yang paling umum digunakan
untuk menyebarkan infomasi dan kemahiran teknologi mengendali masalah yang
dihadapi oleh seseorang. Kebanyakan IPT di seluruh dunia menggunakan kaedah ini
untuk menjadi modal penyelesaian masalah untuk berkongsikan dan menganalisis
maklumat. The Big6 menimpin orang ramai menggunakan alat-alat teknologi dan
kemahiran pencarian maklumat dengan proses yang sistematik iaitu kaedah
mencari, mengaplikasi dan menilai informasi untuk keperluan tertentu atau
tugas-tugas yang diamanahkan. Dapat kita merumuskan bahawa The Big6 merupakan
satu model yang mengadungi enam langkah untuk mengatasi satu masalah yang dihadapi.
3.1 Definisi tugasan
Produk
akhir yang perlu dipersembahkan kepada pensyarah kita adalah dalam dua bentuk,
iaitu dalam bentuk laman blog (www.blogger.com)
dan dalam bentuk tugasan individu yang harusnya disiapkan dalam tempoh 4
minggu. Laman blog yang menarik seharusnya mempunyai unsur multimedia,
termasuklah unsur grafik, audio, video, graf dan sebagainya yang disertai
dengan ulasan yang ringkas.
Tugasan
ini harus dipersembahkan kepada pensyarah 4 minggu selepas tugasan diberikan.,
namun, tugasan ini tiada had jumlah mukasurat. Walaubagaimanapun, format
tugasan ini ialah menggunakan font Arial
dengan saiz hurufnya 11 point dan langkau jarak antara baris adalah 1.5 langkah
serta jumlah patah perkataan dalam lingkungan 1000 – 1500. Penulisan sumber
rujukan mestilah mengikut format APA
(American Psychological Association).
Topik
saya bagi tugasan ini ialah isu Obesiti. Saya telah berkongsi infomasi tentang
obesiti melalui blog saya yang dilengkapi foto yang menarik. Saya telah
membincangkan tentang beberapa isu berkaitan obesiti seperti punca, langkah
mengubati serta asal-usul penyakit ini. Demi menjelaskan isu-isu yang saya
ingin berkongsi ini, saya telah melengkapi laman blog saya dengan tiga post
yang menjelaskan isu sedemikian. Tugasan ini haruslah disiapkan dan dihantar
pada 28 Ogos 2015.
3.1.1
Gantt Chart
TARIKH
|
Memahami Tugasan
|
Mencari Makulmat
|
Menyusun Maklumat
|
Menyediakan Laporan
|
Membuat Pegubahsuaian
|
Semakan Semula
|
1/8/2015
|
/
|
|
|
|
|
|
4/8/2015
|
/
|
/
|
|
|
|
|
7/8/2015
|
|
/
|
|
|
|
|
10/8/2015
|
|
|
/
|
|
|
|
16/8/2015
|
|
|
/
|
/
|
|
|
18/8/2015
|
|
|
/
|
/
|
|
|
20/8/2015
|
|
|
|
/
|
/
|
|
22/8/2015
|
|
|
|
|
/
|
|
24/8/2015
|
|
|
|
|
/
|
|
25/8/2015
|
|
|
|
|
|
/
|
26/8/2015
|
|
|
|
|
|
/
|
3.2 Strategi pencarian maklumat
Ketika saya ingin membincangkan tentang isu kesihatan
ini, saya telah mengumpulkan pelbagai info dari laman web. Kata-kata kunci saya
apabila saya mencari maklumat ialah ‘obesity’, ‘Effect of obesity to one’s
health” dan lain-lain. Antara soalan yang harus saya jawab adalah “Apakah itu
obesiti?”, “Apakah kesan obesiti terhadap kesihatan seseorang atau ia membawa
maut?” dan pelbagai soalan. Saya telah banyak merujuk buku dan laman internet.
Saya dikehendaki mencari foto yang boleh menarik perhatian para pengunjung blog
saya bagi mempopulasikan lagi pelbagai infomasi tentang isu yang semakin
beleluasa ini. Bagi menghormati hak cipta orang lain, saya akan melampirkan
senaraian rujukan dalam format APA.
Bagi menyempurnakan tugasan ini, saya telah banyak
merujuk buku-buku ilmiah, sama ada mendapatkan buku dari pusat sumber IPG
Kampus Ipoh atau rumah saya. Selain daripada buku ilmiah saya juga banyak
merujuk sumber dari Internet. Dengan menggunakan internet, saya dapat maklumat
yang banyak dalam satu minit. Namun, saya telah banyak menganalisis sumber dari
internet dengan berbincang dengan rakan dan merujuk buku ilmiah. Hal ini
demikian kerana kebolehpercayaan maklumat tidak tinggi atau kurang tepat kerana
kebanyakan info dari internet merupakan pendapat pendirian seseorang. Oleh itu,
saya akan membaca dan membuat perbandingan antara dua atau tiga untuk mendapat
infomasi yang lebih tepat.
Dalam proses pencarian maklumat, saya telah banyak
menggunakan Bing, Google, Yahoo,
Wikipedia, Baidu dan lain-lain laman web untuk memudahkan pencarian
maklumat saya. Antara laman web yang lebih saya percayai ialah Wikipedia kerana
ia dilengkapi dengan pengarang dan sumber-sumber rujukan. Google image
merupakan pautan saya untuk mencari foto-foto dan graf, saya akan memilih
gambar-gambar yang jelas sebagai lampiran tugasan. Hal ini demikian kerana
gambar yang kabur menyusahkan saya untuk mentafsir isi-isi yang ingin dibawa
oleh gambar tersebut. Saya akan membuat rekod di laman web yang telah saya
melayari untuk mencari makumat supaya saya menjadi lebih mudah melayarinya semula. Selain itu, saya
juga memerlukan URL laman web tersebut untuk dicatatkan sebagai bibliografi
tugasan sebagai tanda menghormati hak ciptaan pengarang.
3.3 Mengenalpasti lokasi dan akses maklumat
Saya telah mendapatkan maklumat yang dikehendaki dari
buku rujukan di perpustakaan IPG Kampus Ipoh, saya telah menggunakan Online Public Access Catalog (OPAC) bagi
mencari buku-buku ilmiah di perpustakaan kerana bilangan buku di perpustakaan
terlalu banyak, dan saya terpaksa menggunakan masa yang panjang untuk mencari
sesebuah buku. Dengan penggunaan OPAC, pencarian buku menjadi lebih mudah,
kerana OPAC merupakan katalog terpasang umum kepada ahlinya untuk mencari bahan
dengan hanya memasukkan kata kunci yang ringkas. Saya bleh mengetahui keadaan
buku-buku yang ingin kita rujuk, sama ada ia telah dipinjam oleh pelajar lain
atau ia sedang berada di rak buku.
Sterusnya, apabila saya menghadapi kekangan untuk
menyiapkan tugasan GKB 1053, Encik Wan Mazlan, pensyarah GKB1053 teah banyak
memberi tunjuk ajar dan cadangan beliau yang bernas kepada saya bagi membantu
saya untuk menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, beliau juga mendidik dengan
penuh dedikasi untuk membimbing kelas saya untuk meiapkan tugasan dalam tempoh
yang ditentukan. Saya juga mengadakan perbincangan antara rakan-rakan untuk
mertukar-tukar buah fikiran, idea dan maklumat yang diperloleh.
3.4 Penggunaan maklumat yang dikenalpasti
Saya telah banyak mendapat infomasi dan maklumat dari buku
rujukan Biologi tingkatan empat dan lima. Ini adalah kerana terdapat banyak
fakta yang bernas yang terdapat dalam bentuk point. Buku-buku rujukan seperti
ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan cukup mendalami. Di
samping itu, saya telah banyak merujuk kepada rakan-rakan yang sedang menerusi
pengajian di IPT berkaitan dengan bidang biologi. Dengan rujukan yang banyak
dan bantuan dari kawan, saya sering mendapat idea yang baru sebagai tambahan
kepada tugasan saya di samping memahami isu ini dengan mendalam.
Saya juga banyak merujukkan sumber internet melalui laman
web Gogle atau Wikipedia. Kedua-dua maklumat yang terdapat dalam sumber ini
memberi info yang amat mencukupi untuk menyediakan ketiga-tiga post saya, malah
maklumat-maklumat dari buku-buku ilmiah telah banyak memberi idea tambahan
untuk mengubahsuai lagi tugasan saya supaya lebih mendalami dan lebih boleh
dipercayai.
Saya telah mengeluarkan maklumat dari sumber dengan
menggunakkan kaedah “copy and paste”
dalam satu dokumen di komputer. Selain itu, saya telah mengambil langkah
fotostat dan note-taking bagi memudahkan saya membuat perbandingan antara
beberapa artikel dan akhirnya mempersembahkan suatu laman blog yang menarik
bagi berkongsi info tentang tajuk yang saya ingin bicarakan. Saya telah
mempelbagaikan kata-kata kunci bagi mempelbagaikan hasil carian internet
seperti “BMI yang normal”,”penyakit akibat obesiti” dan lain-lain lagi. Dengan
kelengkapan maklumaat yang dikuasai, saya amat bersedia untuk membuat satu draf
bag tugasan saya.
3.5 Sintesis (Penyusunan dan persembahan maklumat)
Pada hari akhir menghantar tugasan, saya haruslah
sekurang-kurangnya mempunyai 3 posts di blog saya. Saya telah menggunakan
microsoft office untuk mentafsir dan menyusun semula tugasan saya dengan kemas
disertai gambar. Tajuk yang saya bicarakan adalah tentang Obesiti. Oleh itu,
saya telah memperkenalkan Obesiti dalam post pertama saya, punca-punca obesiti
dalam post yang kedua dan cara-cara mengubati obesiti dalam post ketiga. Saya
melengkapkan post saya dengan pelbagai gambar rajah supaya info yang saya ingin
sampaikan lebih mudah difahami.
3.6
Penilaian Produk (Blog) dan Proses yang Dilalui
Tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah, iaitu Encik Wan
Mazlan telah saya sempurnakan. Saya telah menyemak semula lagi soalan tugasan
bagi memastikan semua bahagian soalan saya telah dijawab dengan teliti dan
setiap susunan tugasan adalah betul. Saya juga memastikan saya telah memilih
kosa kata yang tepat maksudnya dengan ayat yang ringkas.
Dalam tempoh 4 minggu yang pendek ini, saya telah berjaya
menghasilkan sebuah laman blog dengan bimbingan pensyarah dan bantuan dari
rakan. Saya amat gembira kerana saya telah menguasai suatu kemahiran yang tidak
pernah dipelajari sepanjang 11 tahun yang lalu iaitu pembinaan blog. Saya juga
mengetahui bagaimana untuk memperbaharui laman blog saya, memberi komen serta
mengubahsuai blog saya dengan mengubah layout
blog saya.
4.0 Rumusan
Pada tempoh lebih kurang sebulan ini, saya telah banyak
mempelajari benda dan info yang saya kurang didedahkan sebelum ini. Saya sedar
akan kepentingan penguasaan kemahiran ICT pada zaman globalisasi ini, kita
boleh memperoleh apa-apa infomasi yang ingin diperoleh dengan hanya satu klik
dan beberapa saat. Betapa pentingnya tindakan kerajaan bagi memperkenalkan
teknologi kepada setiap lapisan masyarakat supaya mereka dapat mnguasai
kemahiran sebegini supaya tidak ketinggalan zaman. Dengan penguasaan teknologi
ini, tentulah lebih ramai orang dapat memperluaskan pengetahuannya. Saya telah
memahami konsep dan kepentingan Literasi Maklumat terutamanya sebagai seorang
bakal pendidik. Sebagai warga pendidik zaman ini haruslah sanggup menerima
pembaharuan infomasi yang pesat dan mengasai bidang ICT dengan menguasai
pembaharuan teknologi.
4.1
Rujukan
References
Maintaining a
Healthy Weight. (n.d.). Retrieved from Maintaining a Healthy Weight:
http://www.successfulaging.ca/programs/nutrition/16.html
The Big6 .com. (n.d.).
Retrieved from Big6 Skill Overview:
http://big6.com/pages/about/big6-skills-overview.php
The Healthy Way to
Weight Management. (n.d.). Retrieved from The Healthy Way to Weight
Management: http://www.successfulaging.ca/programs/nutrition/20.html
Types of Dietary
Fibre. (n.d.). Retrieved from Types of Dietary Fibre:
http://www.successfulaging.ca/programs/nutrition/11.html
Wikipedia. (n.d.).
Retrieved from Obesity: https://en.wikipedia.org/wiki/Obesity
4.2 Lampiran
Figure
1: Enjin Pencarian Google
Figure
2: produk akhir _laman blog: www.zhingyee.blogspot.com
No comments:
Post a Comment